Saturday 23 April 2011

Assalamualaikum,

Ok fine.Ni entry basi ok !Birthday adik Sya semalam punya semalam.Paham?Hari Khamis,21/4.Sya dah bagitahu yang Sya sibuk waktu hari persekolahan kan? Al-maklumlah,tugasan  dan tanggungjawab sebagai seorang pelajar. :)) Nak tengok gambar adik Sya? x boleh2. :) "Okey fine ! x nak bagi pun x per"
HAHA.Okey2,Sya bagi korang tengok gambar ya? :)

Dua orang puteri raja... Heh! :P

Adik Sya yang belah kiri."Yang mana adik Sya?" Ala...yang pakai skarf kelabu tu...."Oh,oh..yang comel tu ke?" erk...a'ah yang comel tu.. :P macam akak dier jugak.. :P HAHA. Main2 je ok ! Nanti ade pulak ade orang cakap Sya perasan. :))
Semua ciptaan Allah itu indah-indah belaka..... :)

Adik Sya ni darjah 5.Tahun depan nak amik UPSR la...Sama macam Sya jugak, amik periksa besar,PMR. Chaiyok2 ! So,dalam keluarga Sya, ade dua orang la yang ambik periksa besar tahun depan... wheee!
Adik Sya ni..erm erm...baik.erk baik ke?HAHA.main2 je.Dia memang baik.Dia lah tempat untuk akaknya mengadu masalah,melempiaskan marah dan geram.Hua3.Dia pun pendengar yang setia tapi tapi...responnya tidak spt yg Sya harapkan... T____T It's okey,manusia tidak ada yang sempurna ok!Sya pun ade kelemahan jugak.Cuma,antara korang sedar atau tidak.


Berbalik kepada cerita asal,adik Sya ni cantik orangnya,lemah lembut dan pendiam kat luar rumah. :)
Dan dia jugak kurus !!walaupun banyak makan...huwaaa...Sya kalau makan banyak sikit je,mesti naik...T___T
So,sempena hari lahir dia,"abah" belikan dia hadiah.Nak tau hadiah ape?Nak tahu?Teka la....HAHA
Sya serius ni,cuba teka.Ok,fine ! Sya baik hari ni,so Sya bagitahu jela hadiah ape. :P Dan dipersilakan jeles...HAHA


Mungkin bagi korang "Eleh,setakat CD ni,x heran pun ! " Tetapi ia amat berharga bagi kami.Harga bukan ukuran,janji diberi dengan ikhlas.Kan?Lagipun amatlah jarang untuk abah Sya belikan CD lagu.So, Sya agak terkejut bila diberitahu abah bagi adik Sya CD Maher Zain.Sebelum ni,dia  bagi hadiah jam dan etc
Okey2,sudah.....
Penat Sya membebel.HAHA. "Padan Muka,siapa suruh ?!".
"Biarlah...ni blog Sya..suka hatilah.." Sya balas sambil menjelir lidah...HAHA


Selamat Hari Angah...Semoga sentiasa dirahmati Allah,dimurahkan rezeki,dipanjangkan umur dalam keadaan yang sihat,semoga angah dijauhkan daripada segala bala bencana.Jangan nakal2 ye angah...Study smart dan banggakan mama dan abah ! Along harap anngah akan dapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR.... Along sayang angah... :))

Cukup2 la tu cik Sya oi...Baik !

Don't Hurt Anyone...
"It's only takes a few seconds to hurt people you love,and it can take years to heal"

Assalamualaikum.... :))









Thanks for reading my story ! I really appreciate it ♥♥♥

"Aku" dan "kau"

Friday 22 April 2011

Assalamualaikum...

Hurmm,minggu ni,Sya sibuk sangat2.Dengan kerja sekolah la,tugasan la,aktiviti koko la,tuisyen la...adoyai..
"Sya bukan robot untuk diperlakukan sebegini..."
Dan Sya amat lah malas untuk updtae blog..HAHA
Hari ni je sempat untuk update.I'm so sorry....Serius ni...  :)) Ni ha,kerja pun belum siap lagi ni..hehe
Bersabarlah wahai manusia...
By the way,minggu ni ade 1 berita yang menggembirakan.I'm happy.Kelas Sya menang "pertandingan perarakan". :)) Maaf,kerana Sya tidak membantu membuat kain rentang.I'm so sorry.

Ok cukup pasal tu.
Nak cerita kat kelas pulak....
Maaf ye kepada kaum lelaki di kelas Sya..:))
Jangan salah faham.Sya bukanlah nak menyombongkan diri,tetapi Sya "kekok" untuk bercakap dengan lelaki.I'm shy. _peace_


Sebenarnya,Sya bukanlah seorang yang pendiam dan suka menyendiri macam apa yang korang nampak dekat sekolah.Dekat rumah,Sya lah yang paling banyak bercakap.... :)) Sebenarnya,dulu Sya sekolah di sekolah Sk Sab 1(Sultan Abu Bakar 1)


Yurp2.Sekolah ni khas untuk pelajar perempuan SAHAJA.Cuma tenaga pengajar je ada beberapa orang lelaki.Sya rindu sangat dengan sekolah ni....Sya rindu dengan cikgu2 yang mengajar di sini.I miss all of you.....
Bnayak kenangan terindah dekat sini yang Sya xkan lupakan sampai bila2.I promise ! Maaf kupinta jika Sya tidak menjalankan tugas sebagai ketua pengawas dengan baik. :'( Maaf....


So,are you understand?Sya malu sebab ni lah.Sya dibesarkan dan dididik di sekolah di mana semua pelajar perempuan.bercakap menggunakan "kita" "awak".x menggunakan bahasa kasar.Dan bila pelajar yang cakap "aku" "kau" dekat situ,dianggap orang yang kasar....HAHA
Funny right??Biasalah belum matang lagi....
Sebab tulah bila naik sekolah menengah,semuanya berubah.Penggunaan "aku" "kau" memang digunakan.Agak kekok juga pada mulanya,tapi lama2 dah biasa.Cuma I still can't to speak "aku" "kau"...even dengan perempuan.HAHA

And sebab tu jugaklah,Sya macam orang gelabah bila bercakap dengan lelaki.Sya fikir nak bahasakan diri ape...hehe nak bahasakan diri "saya" macam formal sangat pulak..nak bahasakan diri "kita" macam x kena....nak bahasakan diri "aku" macam kasar pulak...penat pikir...last2 main bahasa isyarat je...HAHA
Nasib badan...

Heh,Sya juga dilahirkan dalam keluarga  yang mempunyai ramai perempuan berbanding lelaki.You want to know?See ya..

Sya anak sulung daripada 4 adik-beradik.2 girls 2 boys.Adik Sya yang pertama(anak kedua) "girl",Adik Sya yang kedua(7tahun) "boy" dan begitu juga dengan adik Sya yang ketiga (5bulan)...See??Yang lelaki semua kecik2...dan bahasakan diri "along,angah,adam,amir" Tiada "aku" "kau"


Kat kampung Yong Peng pun,lelaki pun,x sampai 6 orang,dan semua kecik2.Yang paling besar darjah 6 tahun ni.Itupun bahasakan diri "kak..." "Umar"

See?!

Jangan salahkan Sya....HAHA
Okey2,Sya dah penat nak menaip.Nak buat kerja lain pulak....

Tazkirah Ringkas
>Amalan sunat sebelum tidur<

1. bacalah "Al Ikhlas"tiga kali seakan-akan anda mengkhatamkan Al Qur'an.
2. membaca selawat ke atas Rasulullah dan para nabi sebelumnya.
3.beristighfar

4.perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah


  Mudahkan?marilah kita bersama-sama mengamalkannya dan sebarkannya kepada orang lain..

sekadar ingatan bersama... :))
  
Assalamualaikum...






Thanks for reading my story ! I really appreciate it ♥♥♥

Kehidupan Yang baru

Friday 15 April 2011

Assalamualaikum...

Hai,lama x jumpa... :))
Sya sibuk sgt minggu ni,x sempat nak update blog.Even Sya bukan pelajar asrama,but it is tough.Rutin harian Sya sangat padat.

Hari Isnin,bangun tidur pukul 5.Pukul 6.30 dah keluar rumah.Sampai sekolah 6.40.Kalau Sya berkesempatan,Sya bersihkan kelas.Pukul 7.00 dah kena turun ke dataran untuk berhimpun Perhimpunan Mingguan.Macam ni.

 Beratur pada hari Jumaat






Pukul 8.00,naik kelas dan PNP bermula.Habis kelas pukul 2.10.Semua pelajar pergi ke surau belakang untuk solat berjemaah.Pukul 2.30 baru boleh balik.Sya keluar pagar sekolah 2.30,so sampai rumah pukul 3 lebih.(Itupun kalau x de tuisyen)Kalau ade tuisyen,Sya  stay kat sekolah sampai jam 4.30 ptg.Pukul 5 baru sampai rumah,Insyaallah.
Lepas tu,malam ade tuisyen,pukul 9.00 sampai 10.30.Sampai  rumah pukul 11.Duhh...Letih badan...Lepas tu kena siapkan homework pulak.Begitu juga dengan tugasan.Paling maksimum Sya boleh tahan,pukul 12 tgh malam.Tepat pukul 12 tgh malam je,Sya stop,x kira la kerja sekolah dah siap ke belum.hehe

>Inilah rutin harian Sya pada hari Isnin,Selasa dan Khamis<

Hari Rabu,lebih kurang je,cuma x de tuisyen petang dan malam.Cuma ada aktiviti Kokurikulum pada pukul 3.30 hingga 5.00.

Hari Jumaat,lebih kurang jugak,cuma balik awal,12.10.Tuisyen pun x de.


Penat?Memang penat...Tapi nak buat macam mana,itulah rutin harian seorang pelajar.Nanti,bila dah kerja dah x rasa semua ni. :))






Thanks for reading my story ! I really appreciate it ♥♥♥

Tamatnya Exam~

Friday 8 April 2011

Asaalamualaikum....


Ok fine.Exam PK1 is over.You know what,I feel like..like...Ehem.Nothing.
Sya menyesal sangat sebab x study betul2,bnyk main dan sebagainya.Arghhh!!
I want to rotate the time back !! Alangkah indahnya jika Sya boleh... :(
Astagfirullahalazim...

Sabar Sya,sabar. "Sesungguhnya Allah sayang akan hambanya yang bersabar" :)



Sya baru dapat keputusan exam, sebenarnya baru beberapa subjek je.Tapi,Sya kecewa dan sedih sangat tengok nombor2 yang ditulis di atas kertas exam.Tapi,Sya  diam.Dalam diam,Sya cuba muhasabah diri.Sya x tunjuk pada kawan2 Sya kat sekolah,Actually,perasaan Sya waktu tu,hanya Allah je yang tahu.Sya nak nangis je,tapi Sya tahu Sya siapa.Kalau Sya nangis,ade ke orang pujuk? 

Kawan-kawan Sya ramai yang gembira dengan keputusan diorang.Ucapan tahniah diucapkan kepada yang mendapat keputusan yang cemerlang.Ada jugak kawan-kawan Sya yang sedih.Sya cuma cakap pada diorang sambil cuba menenangkan diri Sya,"Sabarlah,ni kan baru PK1,exam pertengahan tahun nanti,kita buat betul2 ok?" sambil tersenyum.

Sya cuma tersenyum bila dapat keputusan walaupun keputusannya tidak cemerlang.Sya bangga dengan diri sendiri,sebab Sya jujur dan tidak menipu diri sendiri.

"Lebih baik gagal dalam kemuliaan daripada berjaya dalam kehinaan"
Ya,itu yang Sya pegang.Tak kisah la ape pun tanggapan orang pada kita,janji kita tahu apa yang kita buat.

Sya yakin ada hikmah disebalik semua ni.Sejak kejadian ni,Sya lebih rajin study,baca buku,dan kurangkan bermain.Dalam kelas,Sya lebih suka mengadap buku.Kalau Sya x de mood nak baca buku,Sya tengok je.X mustahil kan apa yang kita tengok sepintas lalu,akan tersemat di dalam hati.Mana tahu,waktu kita tengah jawab soalan exam,kita terimbas kembali apa yang kita baca dulu. :))


Sya akan cuba sedaya upaya untuk dpaat keputusan yang cemerlang dalam Exam Pertengahan Tahun.Insyaallah.Target Sya,
  • Semua "A".termasuklah Pendidikan Seni,Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Seni.Insyaallah
  • 9a(subjek teras).Insyaalllah
  • 90 % ke atas,Bahasa Arab,Geografi,Sejarah,Math,Sains,Agama dan Kemahiran Hidup Perdagangan.. Insyaallah
  • 85% ke atas,Bahasa Melayu,Bahasa Inggeris.Insyaallah
Ustazah Zaleha,Insyaallah Sya akan jadikan harapan ustazah sebagai kenyataan untuk dapat Bahasa Arab 90% ke atas dalam Exam Pertengahan Tahun. :))

Teringat kata-kata Ustazah Rohana,

"Sesiapa yang tidak berani ke hadapan,dia akan tetap mundur dan akan ditindas"
Terasa.

Sya dah penat untuk dipandang rendah,Sya dah letih untuk dipandang sebelah mata,Sya benci apabila kehadiran Sya seperti tidak dihargai, hati Sya sakit bila pendapat Sya ditolak mentah-mentah dan hati Sya pedih bila Sya diperkotak-katikkan ! Cukuplah selama ni korang buat Sya macam ni.cukup! 

Jangan sesekali pandang luaran sesorang kemudian membuat kesimpulan....


Jangan menilai seseorang melalui paras rupa.



Sya diam x bermakna Sya mengaku kalah~

Sesiapa yang mengenali diri ini,apa yang korang lihat sekarang,bukan diriku yang sebenar.You are totally wrong.

Sya nak kembali kepada diri Sya yang dulu.Sya yang berani,Sya yang suka ke depan,Sya yang x pernah takut ke depan.Tapi kenapa korang x pernah bagi Sya kesempatan? Kenapa?Kenapa?Hanya disebabkan paras rupa ,korang anggap Sya ni ape?
It's okey.Sya akan tunjukkan diri Sya yang sebenar pada waktu yang sesuai.Sya anggap ini adalah satu ujian daripada Allah. :))

Maaf jika Sya terkasar bahasa.Kepada yang terasa,Sya mohon maaf.. :))

Thanks for reading my story ! I really appreciate it ♥♥♥

~Exam Fever~ & ~Maahad~

Sunday 3 April 2011

Assalamualaikum sahabat-sahabat.Sihat?Sya harap kalian sihat la.. :)
Sya x berapa sihat lagi la.Masih batuk2 dan pening kepala.hurmm.Tapi x per,ini ujian Allah.Sya Redha. :)
So,minggu depan "Exam Fever".Dan Sya sekarang sedang struggle study.Ya Allah,permudahkanlah segala urusanku.:)




Study !

Oh ye,Sya kan pelajar SmkA,so Sya ambil 9 subjek untuk PMR.Pelajar-pelajar sekolah harian biasa ambil 8 subjek kan?Sya ambil 9,tambah dengan "Bahasa Arab".

Actually,sebelum masuk Maahad,Sya x pernah terfikir pun nak masuk Maahad.TAK PERNAH.Sya hanya fikir nak masuk MRSM,SBP dan Sekolah Sains.Entahlah,walaupun rumah tak sampai 20minit untuk ke Maahad,Sya x pernah terfikir untuk masuk ke situ.


Dan dan waktu tu,Sya x pernah terfikir yang Maahad ni sekolah yang popular,hebat dan terbaik.I don;t know why.Maybe,Sya x pernah dengar kejayaan Maahad.


Allah Maha Berkuasa.Satu hari,Sya dapat panggilan sekolah yang mengatakan Sya dapat tawaran ke Maahad.Waktu tu,Sya gementar sangat.Tiba2 Sya rasa kerdil sangat untuk masuk ke Maahad.Dan waktu itulah hati Sya terbuka untuk sambung pelajaran di Maahad.

And you know what,Sya jatuh cinta dengan Smka Maahad Muar.I love Maahad.Sya sayang Maahad.

Dan sekarang,Sya tahu kenapa Sya x dapat tawaran ke sekolah-sekolah Sains dan SBP,sebab Allah tahu bahawa Maahad adalah yang terbaik untuk Sya.Selepas dapat tawaran ke Maahad,Sya berdoa kepada Allah,

"Sekiranya Maahad terbaik untukku,Engkau bukakanlah jalan untukku belajar di sana,Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahu apa yang baik untukku"

Sya langsung x  terkilan x dpt SBP. Sya bersyukur sangat kerana Allah berikan Sya peluang untuk belajar di Maahad.Alhamdulillah.

Kerana apa?Jika Sya x berada di Maahad,mungkin Sya semakin jauh daripada Allah,semakin lalai terhadap tuntutan Islam, dan Sya tidak dapat mendalami ilmu agama dengan lebih mendalam dan Sya juga tidak dapat mempelajari "bahasa syurga",iaitu Bahasa Arab.Subhanaallah.


Panjangnye....hehe.Biasalah,Sya ni kalau dapat sentuh komputer,memang susah nak lepas.Gini la jadinya. :)

Okeylah,Sya nak sambung study.Doakan Sya.Nanti Sya cerita lagi pasal sekolah Sya ni. :)
Assalamualaikum..



Thanks for reading my story ! I really appreciate it ♥♥♥

First Entry !

Saturday 2 April 2011

Assalamualaikum..
Sya nak ucapkan "Selamat Datang" kepada para sahabat yang sudi menjengah-jengah ke blog sya. :)
'Ahlan Wasahlan' :) Syukran.



Sya nak mohon maaf jika terdapat kesilapan teknikal,"lambat loading" dan sebagainya.Al-maklumlah,sya ni baru je berjinak-jinak dengan dunia blog ni.:)
Comel je kan kucing ni.mesti korang cair kan?

Ok,fine !penat nak dengar Sya membebel ?sorry... Eh..eh ni kan blog Sya,suka hati la... HAHA
Hurmm...minggu depan adalah "EXAM FEVER","Penilaian Kukurikulum 1".Tak sabar2 nak exam & tak sabar2 nak "diketawakan"
Whoa!!

Sebenarnya bukan ape, Sya takut Sya akan berada dekat nombor2 bawah.TAKUT.Dah la kelas tu semua pelajar pandai-pandai,bijak dan cemerlang.Semua 5a UPSR.Kalau terleka sikit je,tau-tau jela..Ehem..Ehem. TERASA



Actually,Sya merupakan salah seorang Mujahidah di antara  sekolah-sekolah yang terulung,iaitu Smka Maahad Muar.Kelas? Ehem. Biarlah rahsia....

Minggu depan exam.Sya sedang diuji,saya demam..Alhamdulillah.Allah sayangkan Sya..Moga Allah menghapuskan dosa2 Sya selama ini. :)
Alhamdulillah,Sya jarang demam,tapi bila Sya demam,Sya akan demam yang agak teruk.Mula2 tekak sakit,batuk2 lps tu suara hilang,pening kepala,cepat letih dan sebagainya.
 Doakan Sya cepat sembuh ya sahabat2. :)



So,disebabkan Sya ade exam next week,doakan Sya yer..Sya target 9a,Insyaallah.Sya akan cuba yang terbaik. :)
"Ya Allah,bantulah hambamu yang lemah ini Ya Allah"

So,conclusion drpd entry ini ialah
"Exam  + Fever = Exam Fever"
Sya nak study,Assalamualaikum. :)

Thanks for reading my story ! I really appreciate it ♥♥♥