"Aku" dan "kau"

Friday 22 April 2011

Assalamualaikum...

Hurmm,minggu ni,Sya sibuk sangat2.Dengan kerja sekolah la,tugasan la,aktiviti koko la,tuisyen la...adoyai..
"Sya bukan robot untuk diperlakukan sebegini..."
Dan Sya amat lah malas untuk updtae blog..HAHA
Hari ni je sempat untuk update.I'm so sorry....Serius ni...  :)) Ni ha,kerja pun belum siap lagi ni..hehe
Bersabarlah wahai manusia...
By the way,minggu ni ade 1 berita yang menggembirakan.I'm happy.Kelas Sya menang "pertandingan perarakan". :)) Maaf,kerana Sya tidak membantu membuat kain rentang.I'm so sorry.

Ok cukup pasal tu.
Nak cerita kat kelas pulak....
Maaf ye kepada kaum lelaki di kelas Sya..:))
Jangan salah faham.Sya bukanlah nak menyombongkan diri,tetapi Sya "kekok" untuk bercakap dengan lelaki.I'm shy. _peace_


Sebenarnya,Sya bukanlah seorang yang pendiam dan suka menyendiri macam apa yang korang nampak dekat sekolah.Dekat rumah,Sya lah yang paling banyak bercakap.... :)) Sebenarnya,dulu Sya sekolah di sekolah Sk Sab 1(Sultan Abu Bakar 1)


Yurp2.Sekolah ni khas untuk pelajar perempuan SAHAJA.Cuma tenaga pengajar je ada beberapa orang lelaki.Sya rindu sangat dengan sekolah ni....Sya rindu dengan cikgu2 yang mengajar di sini.I miss all of you.....
Bnayak kenangan terindah dekat sini yang Sya xkan lupakan sampai bila2.I promise ! Maaf kupinta jika Sya tidak menjalankan tugas sebagai ketua pengawas dengan baik. :'( Maaf....


So,are you understand?Sya malu sebab ni lah.Sya dibesarkan dan dididik di sekolah di mana semua pelajar perempuan.bercakap menggunakan "kita" "awak".x menggunakan bahasa kasar.Dan bila pelajar yang cakap "aku" "kau" dekat situ,dianggap orang yang kasar....HAHA
Funny right??Biasalah belum matang lagi....
Sebab tulah bila naik sekolah menengah,semuanya berubah.Penggunaan "aku" "kau" memang digunakan.Agak kekok juga pada mulanya,tapi lama2 dah biasa.Cuma I still can't to speak "aku" "kau"...even dengan perempuan.HAHA

And sebab tu jugaklah,Sya macam orang gelabah bila bercakap dengan lelaki.Sya fikir nak bahasakan diri ape...hehe nak bahasakan diri "saya" macam formal sangat pulak..nak bahasakan diri "kita" macam x kena....nak bahasakan diri "aku" macam kasar pulak...penat pikir...last2 main bahasa isyarat je...HAHA
Nasib badan...

Heh,Sya juga dilahirkan dalam keluarga  yang mempunyai ramai perempuan berbanding lelaki.You want to know?See ya..

Sya anak sulung daripada 4 adik-beradik.2 girls 2 boys.Adik Sya yang pertama(anak kedua) "girl",Adik Sya yang kedua(7tahun) "boy" dan begitu juga dengan adik Sya yang ketiga (5bulan)...See??Yang lelaki semua kecik2...dan bahasakan diri "along,angah,adam,amir" Tiada "aku" "kau"


Kat kampung Yong Peng pun,lelaki pun,x sampai 6 orang,dan semua kecik2.Yang paling besar darjah 6 tahun ni.Itupun bahasakan diri "kak..." "Umar"

See?!

Jangan salahkan Sya....HAHA
Okey2,Sya dah penat nak menaip.Nak buat kerja lain pulak....

Tazkirah Ringkas
>Amalan sunat sebelum tidur<

1. bacalah "Al Ikhlas"tiga kali seakan-akan anda mengkhatamkan Al Qur'an.
2. membaca selawat ke atas Rasulullah dan para nabi sebelumnya.
3.beristighfar

4.perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah


  Mudahkan?marilah kita bersama-sama mengamalkannya dan sebarkannya kepada orang lain..

sekadar ingatan bersama... :))
  
Assalamualaikum...






Thanks for reading my story ! I really appreciate it ♥♥♥

0 comments:

Post a Comment