Sahabat^^

Friday 3 June 2011

Assalamualaikum...

Hari ni Sya nak buat entry tentang sahabat.Korang tau tak apa itu sahabat?Sahabat tu sebenarnya insan yang sentiasa berada di sisi kita sama ada susah atau senang.x kiralah apa yang berlaku,dia akan sentiasa berusaha untuk berada di sisi kita,menghiburkan kita ketika kita sedang sedih,dan memberikan sokongan dan dorongan kepada kita.

Walau siapa pun sahabat kita,kita kena ingat,yang sahabat kita itu manusia,sama macam kita,yang mempunyai akal,perasaan,roh dan juga nafsu.Yang mempunyai kelebihan dan juga kekurangan masing.Tiada manusia yang sempurna.Apabila diorang membuat sesuatu yang menyebabkan kita terguris,maafkanlah mereka dan berfikiran positif.Jangan kerana disebabkan perkara tersebut,terus declare "kita putus hubungan sebagai kawan".Jangan...berdosa.

Untuk mendapat sahabat yang baik,apa kata kita jadi sahabat yang baik terlebih dahulu.Kalau Sya,Sya x berjanji yang Sya x akan mengguris hati kawan-kawan Sya,tapi Sya berjanji yang Sya akan cuba untuk tidak melukai mereka.Kita tidak tahu apa yang akan terjadi pada kita.

Kadang2 kita terlampau asyik bercerita,meluahkan rasa hati sampaikan kita tidak memberikan peluang kepada sahabat kita untuk bercerita dan meluahkan rasa hatinya.Kadang2 kita terlampau asyik bercerita sampaikan kita tidak memikirkan perasaan mereka.Sesekali,jadilah pendengar yang baik,mendengar segala luahan rasa hati sahabat kita.Adil bukan?

Kadang2 kita susah nak faham perangai dan sifat sahabat kita.Cubalah selami dan ambillah masa untuk memahami mereka.Dia juga ada kelemahan.Dan kita...?Kitalah sahabatnya yang diperlukan untuk memberikan dia kekuatan,dorongan dan semangat.:h:

Kadang2 kan,kita tengok ada seorang sahabat kita ni,dia sering menurut kata2 kita.Dia jarang membantah kata2 kita.Contohnya,kalau kita ajak dia ke kantin,dia jawab "okey".Ini tidak bermakna dia ni akan ikut cakap orang.Jangan sesekali memandang rendah kepadanya.Dia juga mempunyai kemahuan.Mungkin,dia tidak mempunyai kekuatan untuk membantah,dan untuk mengelakkan pergaduhan,dia pun mengiyakan sahaja.

Kadang2,ada seorang sahabat kita ni,seorang yang terlebih peramah,kadang2 macam busybody pun ada jugak.Anggaplah ia sebagai kelebihan mereka.Percayalah,andai korang berpisah,anda pasti merindukannya.Dia hanya mengambil berat tentang dirimu.:34:Dia x pernah berniat untuk busybody.Percayalah.

Kadang2,apabila kawan2 kita tersenyum dan seperti tidak merasakan apa-apa apabila ditimpa musibah,korang pernah terfikir x disebalik senyumnya,ada seribu satu rahsia?Mungkin dia tidak mengalirkan air matanya dihadapanmu,tetapi...hatinya menangis..Betapa pedih dan pilunya...Kadang2,bila kita tanya "awak okey tak?" dia menjawab 'okey,x yah la risau, aku okey".Tetapi,hakikatnya dia memerlukan seorang sahabat untuk memberikannya kekuatan.

Hebatnya seorang sahabat sejati.Mungkinkah ada lagi sahabat yang sebegitu?




Sahabat tu bukan macam main FUTSAL,
Mula-mula kejar..dah dapat sepak !

Sahabat tu juga bukan macam PAMPERS,
Dah pakai...buang !

Sahabat tu juga bukan macam CHIPSMORE,
Kejap ade...kejap hilang !

Sahabat tu juga bukan macam BARANG KEMAS,
Baru beli pakai...dah sengkek gadai !

Sahabat tu juga bukan macam BANK,
Bila dah x ade duit..baru nak cari !

Sahabat tu juga bukan macam main SKATE,
Mula-mula gosok...lepas tu pijak !





Itulah jela untuk hari ni.Hehe.Maaflah kalau terguriskan hati kalian.Mungkin ter'emo' sedikit. :)

p/s:perumpamaan sahabat tu bukan hasil nukilan Sya.Copy &paste je.Thanks kepada tuan nota tersebut. :D

Oh,ye.En3 pasal Mrs F,ditangguhkan atas sebab2 tertentu.Actually,Sya dah buat en3 tu,tetapi alangkah malangnya,tangan Sya gatal dan terpadam window "en3" itu tanpa save.huhu~~

Assalamualaikum..


Thanks for reading my story ! I really appreciate it ♥♥♥

0 comments:

Post a Comment